Sunday, 27 March 2016

Birthday Mak

Last friday I was going back to tg.malim. As I were pickup aqeam's car also I'm going to celebrate my mom's birthday. Even dalam keserhanaan, hanya aku, adik, mak dengan walid. Aku amat merasakan yang aku amat bertuah dan bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada aku untuk bersama-sama meraikan emak aku dan dapat balik melepaskan rindu terhadap orang tua aku.

Berkesempatan dengan ini, inginku melakarkan sebuah penghargaan kepada ibuku. Mak. Terima kasih yang tak terhingga kerana melahirkan dan membesarkan auf. Auf sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana Allah memberikan auf seorang emak yang penyayang, sabar dan sangat menyayangi anak-anaknya. Walaupun kami anak-anak selalu buat mak sedih hati, berdukacita. Selalu melawan cakap mak. Tapi mak tenang je. Auf tahu emak hari-hari berdoa dekat Allah supaya suatu hari nanti anak-anak mak berubah dan menjadi orang yang dpt membanggakan ibubapa, keluarga dan negara. Anak-anak yang patuh soleh dan solehah dan juga doa mak supaya kami anak-anakmu dpt berdikari dan boleh hidup demi masa depan. InsyaAllah auf akan usahakan demi kearah itu.

Emak. Berkesempatan ini, auf sentiasa berdoa dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah supaya Allah memberi mak rezeki yang melimpah ruah. Dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. Mak auf sayang mak dunia akhirat. ❤